fbpx

Klopp tenang nikmati aksi hangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP percaya empat gelaran semusim yang diidamkan Liverpool tidak mustahil terutama selepas mereka berjaya merangkul trofi Piala Liga Inggeris sebelum ini. – AFP

LONDON – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp akui yang beliau kini sedang menikmati kehangatan pertembungan dengan Manchester City buat kali kedua dalam tempoh seminggu ketika kedua-dua pasukan bakal berentap pada aksi separuh akhir Piala FA di Wembley malam ini.

Dalam aksi Liga Perdana Inggeris sebelum ini, mereka ter­i­kat 2-2, sekaligus mengekalkan perseteruan dengan City kekal di puncak liga dengan kelebihan satu mata.

Klopp menegaskan, beliau mahu melihat peningkatan mampu dijelmakan anak-anak buah­nya sekaligus mengekalkan misi Liverpool untuk cuba memburu empat trofi musim ini selepas menjulang Piala Liga Inggeris pada Februari lalu.

“Dalam aksi sebelum ini, City adalah pasukan yang cukup kuat dan kami tidak berada pada tahap terbaik. Jadi, untuk kali ini saya percaya semua pemain berada pada tahap terbaik dan bersedia melakukannya untuk menjadikan perlawanan ini menarik.

“Ia tidak ubah seperti final dan kami perlu hadapinya. Itu juga yang kami terapkan sejak Januari lalu dan kini kami akan lengkapkannya,” kata pengurus dari Jerman itu.

Sejak menyertai pertandingan ini, Liverpool sudah pun merangkul Piala FA sebanyak tujuh kali, namun ini adalah pencapaian terbaik kelab itu sejak di bawah Klopp yang tiba pada 2015.

“Wembley adalah padang yang agak besar dan kami perlu kuasainya, melakukan banyak larian untuk menutup ruang, tetapi saya fikir segalanya tidak memberikan masalah. Sudah pasti kedua-dua pasukan akan gunakan perlawanan lalu untuk bersiap menghadapi perlawanan ini,” jelas Klopp.

Kedua-dua pasukan juga kini masih meneruskan cabaran di pentas Liga Juara-Juara apabila mengesahkan slot ke separuh akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI