fbpx

Tidak sempat hantar 360kg daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Osman (tengah) menunjukkan daun ketum yang berjaya dirampas oleh pihaknya di IPD Taiping hari ini.- Foto oleh WAT KAMAL ABAS

TAIPING – Seorang lelaki ditahan ketika cuba menghantar 36 beg daun ketum dari Kedah ke Seremban di Kilometer 212.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bandar Bahru – Changkat Jering semalam.

Duda berketurunan Siam itu berjaya ditahan anggota kereta peronda lebuhraya pada pukul 8.15 pagi ketika menjalankan rondaan Ops Cegah Jenayah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, polis sebelum itu menahan kenderaan utiliti sukan jenis Toyota Fortuner bercermin gelap yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan pada kenderaan itu menemui 18 beg plastik berwarna hitam pada bahagian tempat duduk belakang dan 18 beg lagi dalam but kenderaan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 36 bungkusan itu mengandungi daun ketum seberat 360 kilogram dengan nilai pasaran dianggarkan RM7,200.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu mengaku dibayar RM2,000 bagi menghantar bekalan daun-daun ketum itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di sini hari ini.

Suspek yang tidak memiliki sebarang rekod jenayah itu juga memberitahu baru sebulan terlibat dengan kegiatan penjualan daun ketum dan ini merupakan penghantaran kali keenam.

Lelaki itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI