fbpx

Tiada kesan cedera terhadap OKT mati dalam lokap Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azri

PETALING JAYA – Tiada sebarang kecederaan dikesan ke atas tubuh badan orang kena tahan (OKT) yang meninggal dunia dalam lokap Balai Polis Kajang, Selangor pada 13 April lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, keputusan itu diperoleh berdasarkan proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kajang semalam.

“Hasil bedah siasat yang telah dijalankan mendapati tiada sebarang kecederaan dikesan terhadap OKT berkenaan, namun kita masih menyiasat punca kematiannya yang masih belum dapat dikenal pasti.

“Sampel telah pun diambil bagi tujuan ujian makmal dan analisa untuk siasatan lanjut punca kematian,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ujian pengesanan Covid-19 juga telah dibuat ke atas OKT tersebut dan keputusannya adalah negatif.

Jelas beliau, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Koroner.

Katanya, kes kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Terdahulu, seorang OKT lelaki yang ditahan reman berkaitan kes dadah dilaporkan meninggal dunia dalam lokap Balai Polis Kajang, Selangor pada 13 April lalu.

OKT berumur 45 tahun itu dipercayai telah mengalami sawan pada pukul 10.32 pagi menyebabkan anggota bertugas di lokap menghubungi pihak hospital untuk tindakan susulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI