fbpx

‘Syaitan manusia’ potong telinga sendiri rai pemansuhan mandat pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRADO membuang telinganya selepas Brazil melonggarkan mandat pemakaian pelitup muka. – Reddit

SAO PAULO, BRAZIL – Seorang lelaki yang digelar ‘syaitan manusia’ bertindak nekad memotong telinganya sebagai meraikan berakhirnya mandat pemakaian pelitup muka Covid-19 di Brazil, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Michel Faro do Prado dari Sao Paulo telah menjalani mengubah suai sebahagian besar badannya selama bertahun-tahun termasuk mencacah berpuluh-puluh tatu dan tindikan serta mengubah giginya untuk melengkapkan imej seperti syaitan.

Artis tatu itu kini memotong telinganya selepas kerajaan Brazil memansuhkan sekatan pemakaian pelitup muka akibat pandemik Covid-19.

Menurut Prado, dia mengalami kesakitan melampau selepas menjalani prosedur tersebut, namun tidak berputus asa untuk menanggung rasa sakit itu bagi memiliki tubuh seperti syaitan yang diidamkan.

“Sebenarnya, bagi beberapa prosedur, ia hampir mustahil untuk dilakukan jika tanpa kesan bius.

“Jika saya perlu merasa sakit untuk mencapai apa yang saya mahu, pasti saya akan mengharunginya,’’ kata Prado.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI