fbpx

AS hantar bantuan senjata kepada Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDEN memperincikan bantuan tambahan yang akan dibekalkan menerusi panggilan telefon bersama Zelensky, kelmarin. -AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberitahu rakan sejawatnya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskyy bahawa negara itu memutuskan untuk menghantar bantuan tambahan termasuk senjata, peluru dan bantuan keselamatan bernilai AS$800 juta (RM3.38 bilion), lapor stesen penyiaran CNN.

Biden memperincikan pengumuman baharu itu dalam panggilan telefon bersama Zelenskyy, kelmarin, yang berlangsung selama kira-kira sejam.

“Terus berdialog dengan @POTUS. Menilai jenayah perang Rusia. Membincangkan pakej tambahan bantuan pertahanan dan makro kewangan. Bersetuju untuk meningkatkan sekatan,’’ kata Zelenskyy di laman Twitter miliknya.

AS bakal membekalkan Ukraine dengan 11 helikopter Mi-17, 300 dron Switchblade, 18 Howitzer dan peralatan perlindungan untuk berlindung daripada serangan kimia menerusi bantuan keselamatan terbaharu yang diluluskan White House, kata Pentagon.

Selain itu, pakej bantuan terbaharu itu juga termasuk 200 kenderaan pengangkut berperisai M113, 10 radar artileri balas, 500 peluru berpandu anti kereta kebal serta 300 set perisai badan dan topi keledar. 

Setiausaha akhbar Pentagon, John Kirby berkata, pakej AS$800 juta (RM3.38 bilion) itu bertujuan untuk memenuhi keperluan mendesak Kiev ketika tentera Rusia mengalihkan tumpuan serangan ke timur dan selatan Ukraine. 

Sebelum itu, AS telah memberi amaran berkenaan fasa perang berdarah terbaharu yang berpotensi tertumpu di wilayah timur Ukraine ketika Rusia mengundurkan tenteranya dari bandar Kiev.

“Tentera Ukraine telah menggunakan senjata yang kami bekalkan untuk menghasilkan kesan yang memusnahkan askar Rusia. 

“Ketika Rusia bersiap sedia meningkatkan serangan di wilayah Donbas, AS akan terus mempersiapkan Ukraine dengan keupayaan untuk mempertahankan diri,’’ kata Biden dalam satu kenyataan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI