fbpx

Kos haji jemaah Indonesia RM11,746 seorang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JAKARTA – Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) bersama Kementerian Agama memutuskan bahawa kos untuk mengerjakan haji yang perlu ditanggung oleh seorang calon jemaah pada tahun ini adalah sebanyak 39.9 juta rupiah (RM11,746), lapor program berita Liputan 6.

Angka terbaharu yang ditetapkan itu adalah lebih tinggi berbanding tahun 2020 iaitu sebanyak 35 juta rupiah (RM10,307).

“Suruhanjaya VII DPR RI dengan Menteri Agama memutuskan bahawa kos pembiayaan haji yang perlu ditanggung oleh jemaah adalah sebanyak 39.9 juta rupiah (RM11,746) setiap orang,” kata wakil ketua Komisi VII DPR RI, Ace Hasan Syadzily dalam keterangannya.

Tambah Ace, kementerian turut menyasarkan kuota jemaah haji Indonesia tahun 2022 adalah seramai 110,500 jemaah atau 50 peratus berbanding kuota haji 2019.

“Penetapan dibuat berdasarkan perincian kuota jemaah haji biasa seramai 101,660 dan haji khas seramai 8,840 orang,’’ ujarnya.

Ace berkata, pemerintah dan DPR komited untuk memaksimumkan perkhidmatan kepada jemaah haji pada tahun ini.

“Kita terus menggalakkan pelaksanaan ibadah haji dalam era pandemik ini sambil tetap menitikberatkan protokol kesihatan. 

“Salah satu perkhidmatan yang akan kami perbaiki adalah menambah jumlah hidangan untuk jemaah haji di Mekah dan Madinah daripada 2 kali sehari kepada 3 kali sehari,’’ kata beliau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI