fbpx

Pengacara TV3 Ahmad Fedtri Yahya cedera jatuh basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD FEDTRI YAHYA

KUALA LUMPUR – Pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) TV3, Ahmad Fedtri Yahya berdepan detik cemas akibat kemalangan terjatuh daripada basikal.

Semasa kejadian, Fedtri yang juga penulis lirik popular itu baru menyelesaikan tugas membuat liputan program Kayuhan Hari Malaysia MHI pada pagi Rabu.

FEDTRI semasa membuat liputan siaran langsung Kayuhan Hari Malaysia MHI, semalam.

Menurut isterinya, Nurul Anati Ismail, Fedtri yang mengalami banyak kecederaan di muka bagaimanapun telah selamat menjalani pembedahan malam tadi dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Damansara.

“Suami saya, Ahmad Fedtri terlibat dalam kemalangan dan selesai selamat pembedahan malam tadi. Banyak kecederaan di muka – semuanya telah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” tulis Nurul Anati mewakili suaminya menerusi satu perkongsian dalam Instagram pengacara itu.

Sementara itu, penyampai radio Hot FM, Shuk dalam siaran Geng Pagi Hot hari ini memberitahu, Fedtri sebenarnya terjatuh ketika cuba menunggang sebuah basikal di tempat letak kereta di TV3.

“Dia sebenarnya kali pertama hendak menunggang basikal. Semasa dia terjatuh, saya lihat banyak darah di muka tetapi saya hanya lihat dari jauh sebab tak boleh tengok darah. Saya minta maaf sebab tak boleh tolong dia ketika itu,” kata Syuk berkongsi keadaan Fedtri kepada pendengar Hot FM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI