fbpx

Fasha sedia dikecam jadi perampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fasha Sandha

PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha sedia berdepan kecaman kerana membawakan watak wanita perampas yang ‘daring’ dalam drama bersiri lakonannya, Khilaf Asmara.

Katanya, dia sudah dapat menjangkakan karakter bernama Hanimsya yang berstatus isteri itu akan memberi impak kepada penonton sebaik membaca keseluruhan skrip naskah berkenaan.

“Sejujurnya ketika saya membaca skrip drama ini, saya tahu akan dikecam, tetapi tak kisah sebab mahu me­ninggalkan kesan terbaik kepada penonton.

“Memang awalnya saya risau memandangkan saya isteri orang, Fattah Amin pun suami orang. Semua pelakon sudah berpasangan dan kita pula bawa watak sebegini. Cerita pun berkait asmara,” katanya pada sidang akhbar virtual Khilaf Asmara kelmarin.

Fasha memberi­tahu, karakter Ha­nimsya agak ‘daring’ selain digambarkan kerap mengeluarkan kata-kata kasar.

“Jadi saya banyak bincang dengan rakan gandingan dan pengarah bagi menghidupkan watak,” ujarnya.

Pada masa sama, aktres berusia 38 tahun itu melihat plot kisah berkenaan dari sudut positif apabila dapat dijadikan pengajaran supaya setiap insan tidak tersasar.

“Daripada fikirkan kecaman orang, lebih baik tengok kesan baik di sebalik cerita ini yang mampu memberi pengajaran kepada penonton. Mereka dapat belajar sesuatu yang positif,” katanya lagi.

Selain Fasha dan Fattah yang membawakan watak Luqman, drama bersiri 15 episod arahan Uchee Fukada tersebut turut membariskan Nelydia Senrose (Irma) serta Fahrin Ahmad (Aizat).

Drama Khilaf Asmara mula menemui penonton bermula 18 April ini setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 10 malam di slot Samarinda TV3.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI