fbpx

Baju Melayu ‘slim fit’ Mjestic jadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Perniagaan menjual baju Melayu secara suka-suka yang di­bangunkan oleh dua bersaudara sejak tahun 2017 hanya dari rumah, kini telah berjaya mengembangkan empayar mereka dengan me­miliki sebuah butik fizikal di Setia Alam dekat sini.

Pengasas syarikat, Zarif Azrie Za­hari berkata, bisnes itu bermula apabila kesukaran sebelum ini untuk mendapatkan baju Melayu yang mengikut saiz badan agar nampak kemas telah memberi idea kepada mereka menempah 1,000 pasang baju Melayu untuk dijual kepada kumpulan sasaran.

“Adalah sukar mencari baju Melayu yang sesuai dengan saiz badan kerana kebanyakannya nampak besar dan longgar.

“Oleh itu, kami menempah baju ikut saiz badan sendiri dan bila dipakai ia amat selesa.

“Kami mempromosikannya kepada rakan-rakan dan ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Bermula di situ, kami tidak lagi menoleh kebelakang,” katanya ketika di temui di sini baru-baru ini.

Musim perayaan tahun ini, syarikat dengan jenama Mjestic telah mengeluarkan sebanyak 30,000 baju Melayu ‘slim fit’ me­lalui pengedaran di lebih 15,000 rangkaian di seluruh negara.

“Fokus niaga kami adalah 60 peratus di platform online manakala bakinya dari butik fizikal.

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Operasi syarikat, Zarul Shafiz Zahari menerangkan, terdapat 35 seleksi warna baju Melayu ‘slim fit’ yang memiliki keunikan dan tarikan tersendiri dengan harga jualan antara RM169 hingga RM189 sepasang.

“Baju Melayu Mjestic memiliki saiz antara XS hingga 3XL untuk lelaki berusia dari 18 tahun hingga 37 tahun yang mana terdapat zip di sisi dan lengan kerana ia bersifat mesra wuduk.

“Terdapat juga semi ‘padding’ di bahu supaya nampak terletak dan menawan selain terdapat ke­rongsang bunga di poket.

“Baju kelua­ran syarikat nampak lebih moden kontemporari dengan kolar jenis berganda agar nampak lebih ampuh dan tidak mudah kemek,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI