fbpx

Suami makan sisa isteri dikecam ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan wanita berkenaan mendapat kecaman orang ramai yang tidak setuju dengan cara layanan terhadap seorang suami.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang meludah sisa makanan ke dalam pinggan suaminya mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi video 11 saat yang dimuat naik di TikTok, wanita itu dilihat mengunyah terlebih dahulu makanan sebelum mengeluarkan dari mulut ke dalam pinggan suaminya.

Lebih mengejutkan pengguna media sosial apabila sisa makanan tersebut dimakan lelaki berkenaan seolah-olah tiada rasa jijik.

Tinjauan Kosmo! mendapati, perkongsian wanita itu mengundang reaksi pengguna media sosial yang menyifatkan tindakannya tidak baik selain memperlekehkan suaminya.

“Isteri seperti tak punya lagi hormat pada suami,” kata Zainal Nordin di Twitter.

“Demi content (kandungan), sanggup memalukan diri sendiri,” ulas @namme17.

“Perempuan ni ada macam-macam jenis,” komen @nnabil_. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI