fbpx

MAFI siasat status halal rumah sembelihan di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Duit Syiling Peringatan 50 Tahun LKIM hari ini.

PUCHONG – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan status halal sebuah rumah penyembelihan haiwan di Australia yang dilaporkan sebuah akhbar hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, kementerian tidak akan berkompromi dan bertolak ansur terhadap isu keselamatan makanan, kebersihan dan status halal.

“Pihak kementerian akan menyiasat berita itu. Sudah tentu saya akan maklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk melihat perkara ini.

“Kita mengambil berat isu melibatkan kesihatan dan keselamatan makanan serta isu halal terutama produk import,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ronald berkata, semua loji ternakan dan pemprosesan hasil ternakan yang dibawa masuk ke Malaysia perlu melalui proses audit yang ketat melibatkan beberapa agensi antaranya JPV, Jabatan Kemajuan Islam dan Kementerian Kesihatan.

“Kita hanya membenarkan produk-produk makanan ternakan dari luar masuk melalui loji-loji yang telah diberi pengiktirafan oleh Malaysia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI