fbpx

Kerajaan komited bangunkan industri perikanan laut dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald (dua kiri) dan Syed Abu (dua kanan) menunjukkan syiling 50 tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun LKIM di sini hari ini.

PUCHONG – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) komited dalam memberi galakan kepada pengusaha nelayan bagi meneroka industri perikanan laut dalam.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, usaha ini sekali gus dapat membangunkan industri perikanan ke tahap yang lebih tinggi.

“Setakat ini, kita sudah keluarkan lebih 20 lesen tuna dan kita mempunyai potensi yang lebih besar berasaskan kuota yang diberikan oleh Indian Ocean Tuna Commission (IOTC).

“Kita harap selepas ini, lebih ramai pengusaha perikanan laut dalam (tuna) ini tampil ke hadapan untuk bekerjasama bersama-sama agensi di bawah MAFI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Syiling Peringatan 50 tahun LKIM di Wisma LKIM di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid, Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Husin Hafiz Syed Abdul Fasal, Ketua Pengarah LKIM, Yusoff Othman dan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Abu Hassan Alshari Yahaya.

Pada majlis yang sama, Ronald berkata, pelancaran duit syiling 50 Tahun LKIM pada hari ini merupakan manifestasi atas pencapaian serta kejayaan lima dekad penubuhan lembaga tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI