BANGKOK – Lebih 200 ekor monyet liar jenis Macaque yang menimbulkan kekecohan di Thailand telah dikembiri baru-baru ini, lapor Daily Mail.
Kawanan monyet liar itu didakwa menyerang orang ramai dan memasuki rumah penduduk untuk mencari makanan di bandar Songkla semasa perintah berkurung berkuat kuasa susulan pandemik Covid-19
Petugas hidupan liar menangkap sejumlah monyet menggunakan jerat sangkar sebelum menembak mamalia itu dengan ubat penenang.
Monyet liar yang ditangkap ditandakan nombor untuk proses identifikasi kelak sebelum kawanan itu dikembiri.
Pegawai Konservasi Hidupan Liar Thung Tale, Suwat Suksiri berkata: “Kami terpaksa berbuat demikian kerana jumlah monyet liar semakin meningkat akan membawa lebih banyak konflik dengan penduduk.”
Awal tahun ini, beratus-ratus monyet liar di tengah bandar Lopburi terpaksa dikembiri selepas didapati sukar dikawal.
Pihak berkuasa mahu mengembiri 500 daripada 6,000 ekor monyet liar. – Agensi