fbpx

Impian Liverpool sukar direalisasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL berjaya merangkul trofi pertama mereka selepas muncul juara Piala Liga Inggeris menewaskan City Februari lalu. – AFP

LONDON – Bekas bintang Liverpool, Steve McManaman meng­akui impian pasukan itu untuk memburu empat gelaran (quadruple) musim ini sukar biarpun berjaya mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Februari lalu, Liverpool berjaya merangkul kejuaraan pertama apabila muncul juara pada saingan Piala Liga Inggeris de­ngan menewaskan Manchester City dan kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi pada aksi separuh akhir Piala FA di Wembley malam esok.

Liverpool juga kini sedang bersaing sengit dengan City dalam perebutan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila hanya dibezakan satu mata ketika ini, namun McManaman mengakui meraih empat kejuaraan semusim masih tidak relevan untuk pasukan tersebut.

“Secara jujurnya, kemam­puan Liverpool untuk memenangi quadruple hampir mustahil kerana ia merupakan tugas yang terlalu sukar.

“Sudah tentu mereka mahu memenanginya walaupun ia bukan satu tugas yang mudah kerana mereka perlu sempurna dalam setiap perlawanan yang dilalui.

“Mereka perlu betul-betul bersatu hati, mesti melakukan perkara betul pada setiap masa. Separuh akhir hujung minggu ini, separuh akhir yang akan datang (Liga Juara-Juara) dan paling penting adalah kehangatannya berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, bekas pe­nyerang Liverpool, Peter Crouch juga mengakui apa yang diimpikan The Reds adalah cukup sukar selain percaya bahawa City tidak akan keciciran mata pada baki saingan EPL. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI