fbpx

82 skrin digital pelbagai bahasa dipasang di Masjidil Haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 82 skrin digital ditambah di Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya untuk menyampaikan maklumat visual kepada jemaah. – Saudi Gazette

MEKAH – Sebanyak 82 skrin digital pelbagai bahasa telah dipasang dalam Masjidil Haram dan kawasan sekitarnya untuk memaparkan kandungan arahan serta petunjuk bagi memudahkan para jemaah, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Skrin digital tersebut ditambah dengan simbol-simbol yang diluluskan secara global untuk memudahkan penyampaian maklumat dalam bentuk visual kepada jemaah.

Ia akan sentiasa mengemas kini kandungan mengikut pelan operasi yang diluluskan di bawah pemerhatian yang berterusan dalam menangani sebarang masalah teknikal.

Paparan pada skrin digital itu dilaporkan bakal beroperasi sepanjang masa. 

Ia turut memaparkan kandungan yang menunjukkan tapak-tapak terpenting dalam Masjidil Haram seperti laluan Mataf (tawaf mengelilingi Kaabah) dan Masaa (perjalanan antara Bukit Safa dan Marwah).

Kandungan baharu itu ditambah kepada yang telah dipaparkan sebelum ini iaitu termasuk Hadis dan doa yang boleh dibaca pada awal dan akhir tawaf. Ia turut mendidik pengunjung mengenai aspek kesihatan, keselamatan dan kepelbagaian ilmu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI