fbpx

Pelajar tahfiz nyaris dihempap siling asrama runtuh lepas sahur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bilik asrama di maahad tahfiz itu yang rosak

SEBERANG PERAI – Seramai 37 pelajar asrama Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah Padang Menora, Tasek Gelugor di sini nyaris cedera dihempap siling yang runtuh secara tiba-tiba pagi tadi.

Mudir maahad itu, Muhammad Aiman Subri berkata, dalam kejadian pada pukul 5.20 pagi itu, terdapat beberapa pelajar yang masih berada dalam asrama, namun mereka sempat melarikan diri ke tempat selamat.

Katanya, ketika kejadian, sebahagian besar pelajar telah selesai bersahur dengan beberapa pelajar kembali ke asrama itu untuk bersiap-siap sebelum turun ke surau.

“Alhamdulillah semua pelajar dan guru selamat tanpa sebarang kecederaan. Kejadian itu pun berlaku secara tiba-tiba. Menurut tukang runtuhan mungkin berpunca daripada struktur besi yang tidak kukuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Muhammad Aiman, susulan kejadian itu, pihaknya terpaksa memohon sumbangan bagi membaik pulih kerosakan yang dianggarkan menelan kos RM30,000.

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Islam bernombor 07-016-02-034277-3 atas nama Tetuan Ma’ahad Adda’wah Al-Islamiyyah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI