fbpx

Buat cabutan untuk dapat cuti raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pekerja satu syarikat terpaksa lakukan cabutan undi untuk tentukan cuti raya

PETALING JAYA – Setelah dua tahun tidak beraya akibat Covid-19, tahun ini merupakan tahun pertama dibenarkan untuk pulang berhari raya dan semestinya peluang yang ada  tidak akan dilepaskan.

Bagi golongan pekerja, paling merisaukan adalah keputusan majikan samaada melepaskan atau tidak permohonan cuti raya.

Namun kata orang lain padang lain belalang, ada majikan yang menggunakan pelbagai cara kelulusan cuti ini kerana untuk memastikan kelicinan gerak kerja walaupun masih bercuti.

Biasanya sistem penggiliran cuti paling banyak dilakukan majikan, namun kali ini lain pula ceritanya.

Melalui satu perkongsian klip video di TikTok, satu syarikat menggunakan sistem cabutan bagi menentukan cuti pekerjanya.

Perkongsian yang dibuat oleh @Redzuan1983 itu menunjukkan, pekerja di syarikat itu memilih untuk cabutan undi bagi menetapkan hari cuti mereka pada sambutan Aidilfitri Mei nanti.

Rata-rata orang ramai juga turut terhibur dengan teknik atau cara yang dilakukan oleh majikan tersebut.

“Lain macam syarikat dia punya cara, ini kalau tak dapat hari yang kita nak ni boleh jadi gaduh dengan bini, tapi itulah kita ni pun pekerja kena akur lah,” jelas Azhar Awang.

“Ini baru dikira nasib, kalau nasib baik boleh la cuti raya dengan tenang, kalau tidak faham sahaja sendiri.

“Cuti raya tahun ini memang ditunggu-tunggu semua orang, harapnya dapatlah beraya dengan tenang nanti,” ujar Sayed Scoodi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI