fbpx

Lebih setengah juta mercun dirampas di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (kiri) meninjau khemah PBSM Kota Bharu semasa program agihan bubur lambuk di IPD Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam. FOTO ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Polis Kelantan sudah merampas mercun bernilai lebih RM500,000 menerusi 10 siri tangkapan yang dijalankan sejak dua minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, peningkatan kemasukan mercun ketika ini dipercayai ekoran permintaan yang tinggi oleh pelanggan menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurutnya, keadaan itu mendorong penyeludup lebih berani membawa masuk mercun dari Thailand untuk dijual bagi pasaran negara ini.

“Sindiket penyeludupan ini dilihat lebih bertindak licik selepas negara beralih ke fasa endemik sejak dua minggu lalu.

“Mereka menggunakan tiket itu untuk memudahkan pergerakan semasa menjalankan kegiatan penyeludupan. Bagaimanapun, kita telah mempersiapkan pasukan khas termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) di kawasan sempadan untuk mengekang kegiatan itu,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI