fbpx

Bilik mengaji tidak terjejas dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fauzi melihat keadaan bilik ibunya bersolat yang terlibat kebakaran di Kampung Kuala Muda di Penaga, Seberang Perai hari ini

SEBERANG PERAI – Ruang mengaji dan tempat seorang wanita warga emas bersolat di sebuah rumah yang terlibat kebakaran di Kampung Kuala Muda, Penaga di sini tidak terjejas biarpun hampir keseluruhan ruang di rumah itu hangus dijilat api.

Che Sayang Endut, 74, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia baru selesai solat subuh dan sedang mengaji seperti rutinnya setiap hari di dalam bilik di tingkat bawah rumah separa kayu berkenaan.

Katanya, dia menyedari kejadian tersebut selepas anak perempuannya memaklumkan api sedang marak membakar rumah jiran yang terletak kurang 10 meter.

“Ketika tengah mengaji, anak perempuan saya tarik supaya keluar kerana sudah kedengaran bunyi kebakaran seperti letupan-letupan kecil.

“Saya tak ada kudrat nak berjalan, dan menepis menyuruh dia lari sendiri. Tetapi anak saya tetap menarik sehingga kami berjaya keluar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, rumah yang didiami Che Sayang bersama seorang anak perempuan dan cucu perempuan antara empat rumah separa kayu dua tingkat yang terletak bersebelahan hangus dijilat api.

Sementara itu, anak lelaki Che Sayang, Fauzi Ghazali, 56, berkata, ruang yang menjadi tempat ibunya beribadat sejak mendiami rumah pusaka itu kira-kira 60 tahun itu tidak terjejas teruk.

“Hanya sebahagian siling sempat dijilat api, manakala segala peralatan ibu untuk beribadat tidak terjejas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI