fbpx

Tiga pemburu ditangkap miliki senjata tanpa lesen, permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senjata dan peluru yang dirampas dipercayai digunakan untuk berburu dalam satu pemeriksaan di Kampung Bukit Pencorong di Bera semalam

BERA – Dua lelaki dan seorang wanita ditahan kerana memiliki senjata tanpa permit dalam satu operasi Op Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 4/2022, di kawasan Kampung Bukit Pencorong, Hulu Bera, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 Pasukan Gerakan Am, Superintendan Ramli Wan Salin berkata, dalam rondaan di sekitar kampung berkenaan pasukan penguatkuasa menahan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero.

“Dalam serbuan itu berjaya menemukan satu laras senjata disyaki buatan sendiri, sembilan butir peluru nombor empat berwarna hijau, lima butir peluru OON berwarna merah, dua butir peluru OOB berwarna hijau dan satu butir peluru berwarna biru di mana ia disyaki digunakan untuk aktiviti pemburuan.

“Turut dirampas kenderaan dinaiki suspek, satu beg kanvas berwarna hijau dan sebuah telefon bimbit jenama Vivo berwarna hitam dalam serbuan itu,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi terbabit dilakukan oleh pihak Batalion 18 Pasukan Gerakan Am Pengkalan Hulu Perak dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI