fbpx

DBKL tutup tiga premis operasi tanpa lesen sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penguat kuasa DBKL melakukan pemeriksaan terhadap premis tersebut.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup sebanyak tiga buah premis kerana beroperasi tanpa lesen yang sah dalam satu operasi tindakan khas semalam.

Operasi tersebut dijalankan di sekitar Jalan P. Ramlee dan Bukit Jalil bermula pukul 10 malam semalam dan berakhir awal pagi tadi melibatkan seramai 27 anggota penguat kuasa.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, premis-premis tersebut hanya mempunyai lesen restoran atau kedai makan untuk beropersi.

“Namun, kesemua premis itu didapati telah menjalankan aktiviti hiburan seperti ‘live band’ dan DJ muzik tanpa lesen yang sah.

“Kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana membuka dan mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen telah dikeluarkan kepada premis-premis terbabit,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambahnya, penutupan serta-merta premis dilaksanakan di bawah Seksyen 17 Akta Hiburan 1992.

Sementara itu, katanya, tindakan sita terhadap 14 peralatan muzik seperti gitar, mixer, pembesar suara, mikrofon dan komputer riba turut dilakukan.

“Kesemua barangan ini telah dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras bagi tujuan penyimpanan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI