fbpx

10,052 kes Covid-19, 15,893 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peningkatan jangkitan Covid-19 banyak berlaku di sekolah asrama. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam mencatatkan peningkatan dengan 10,052 kes termasuk 21 kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,352,611 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula merekodkan 15,893 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 4,196,656 kes.

“Mengikut pecahan kes harian semalam, kategori satu sebanyak 5,715 kes (56.85 peratus), kategori dua sebanyak 4,272 kes (42.50 peratus), kategori tiga sebanyak 31 kes (0.31 peratus), kategori empat sebanyak 17 kes (0.17 peratus) dan kategori lima 17 kes (0.17 peratus).

“Dalam masa sama, daripada 65 kes kategori tiga, empat dan lima, 21 kes (32.31 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 18 kes (27.69 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 26 kes (40.00 peratus) telah menerima dos penggalak,” katanya.

Selain itu, 33 kes (50.77 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 36 kes (55.38 peratus) mempunyai komorbid dan satu kes (1.54 peratus) ibu mengandung.

Mengulas lanjut, sebanyak 161 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 99 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, terdapat 22 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,363 kes serta sebanyak enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,468 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI