fbpx

Pulau Pinang umum BKK setengah bulan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 kepada anggota perkhidmatan awam negeri itu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pemberian yang bakal dibayar pada 27 April itu juga akan dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri.

“Dalam pada itu, BKK berjumlah RM300 masing-masing disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru sekolah rendah agama rakyat (SRAR), guru sekolah menengah agama rakyat (SMAR), kakitangan SRAR, SMAR serta sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) dan guru serta kakitangan sekolah persendirian Cina negeri Pulau Pinang.

“Selain itu, BKK berjumlah RM200 adalah masing-masing kepada guru tahfiz, guru pondok serta guru tadika Islam (TADIS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Kon Yeow, BKK yang bakal membabitkan implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM7.35 juta kepada kerajaan negeri itu adalah sebagai penghargaan khas kerajaan kepada semua penjawat awam yang telah mencurahkan segala keringat dalam menempuh tempoh pandemik Covid-19 sebelum ini.

“BKK ini juga sebagai persediaan menyambut Syawal yang lebih bermakna pada tahun ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI