fbpx

Ebit belanja minyak percuma untuk ‘rider’ di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit membantu mengisi minyak motosikal seorang penunggang gojek di Jakarta

PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew bermurah hati menaja minyak percuma untuk anak muda yang bekerja sebagai penghantar makanan atau gojek di Jakarta, Indonesia.

Menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini, Ebit meluahkan rasa bersyukur kerana dapat menggembirakan hati penerima minyak percuma tersebut.

“Alhamdulillah belanja isi minyak ‘free’ anak muda grab atau gojek online di Jakarta.

“Gembira anak muda ini semua. Walau sekejap di sini terasa rapat mesra. Rasa bersaudara dan berkat bulan Ramadhan.

“Ramai ucap terima kasih. Syukur pada Allah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ebit telah berangkat ke Indonesia dua hari lalu bagi melakukan misi kemanusiannya.

Semalam, Ebit sempat bertemu dengan para pemuda ‘Vespa Ekstream’ di Pekan Baru, Indonesia yang terpaksa hidup berkhemah di jalanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI