fbpx

Empat rumah hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba memadamkan kebakaran rumah di Kampung Kuala Muda, Penaga di Kepala Batas hari ini.

SEBERANG PERAI – Empat buah rumah penduduk musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Kampung Kuala Muda di Penaga, Kepala Batas di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, kebakaran itu membabitkan empat rumah kelas B yang terletak bersebelahan yang setiap satunya berkeluasan kira-kira 56 meter persegi.

“Peratusan kebakaran keseluruhan adalah dianggarkan 80 peratus dan api telah dapat dikawal pada pukul 7.18 pagi.

“Kerja-kerja pengawalan dan pemadaman masih dijalankan dengan dibantu oleh pasukan bomba sukarela berdekatan. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Operasi itu membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda dan Kepala Batas sambil dibantu BBP Bertam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI