fbpx

Penjara 10 tahun, suami cederakan isteri guna rotan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang pemilik restoran ekoran mencederakan isterinya menggunakan sebatang rotan pada minggu lalu.

TAWAU – Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang pemilik restoran ekoran mencederakan isterinya menggunakan sebatang rotan pada minggu lalu.

Mohd Faizal Md Yusuf, 34, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Faizal didakwa menyebabkan kecederaan ke atas isterinya Siti Nur Ajeerah Lama, 32, menggunakan sebatang rotan di sebuah restoran, di Batu 1, Jalan Kuhara pada 6 April lalu sekitar pukul 1 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana kepentingan awam dan mengambil kira kecederaan mangsa yang kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudiannya memohon hukuman diringankan dan memberitahu mahkamah bahawa tindakan itu diambil kerana mengesyaki isterinya berlaku curang.

Awang Kerisnada kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun, bermula dari tarikh dia ditahan pada 7 April lalu dan empat sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI