fbpx

Dua ahli sindiket ah long simbah cat rumah peminjam diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Hassan (dua dari kanan) menunjukkan peralatan yang digunakan suspek untuk menyimbah cat di rumah peminjam ah long.

ALOR SETAR – Polis berjaya menahan dua lelaki dipercayai bersekongkol dengan ah long siber bagi melakukan ugutan termasuk menyimbah cat di rumah peminjam yang gagal membayar hutang pada semalam.

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 25 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah dekat Kampung Tengah Pumpung di sini.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, serbuan dilakukan hasil intipan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

“Suspek dibayar upah sebanyak RM250 bagi setiap peminjam untuk melakukan ugutan serta menyimbah cat di rumah peminjam.

“Setakat ini mereka mengaku pernah mengugut 11 peminjam ah long,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kota Setar di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua direman selama empat hari bermula hari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 29 B (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400) bagi membantu menjalankan aktiviti pemberi pinjaman tanpa lesen,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI