fbpx

Terengganu, Kelantan antara tujuh negeri alami cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri termasuk Sarawak malam ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, amaran dikeluarkan di Kedah melibatkan Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak membabitkan Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

“Di Kelantan pula membabitkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang sementara di Terengganu tertumpu di Besut dan Hulu Terengganu.

“Selain itu, di Pahang, cuaca buruk turut dijangka di Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya.

Dalam pada itu, keadaan sama turut diramalkan berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Sibu dan Selangau), Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau).

Tambah MetMalaysia, keadaan cuaca buruk tersebut dijangkakan berlanjutan sehingga pukul 9 malam nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI