fbpx

DPR Indonesia lulus RUU Keganasan Seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bintang (kiri) menyerahkan laporan kepada Speaker DPR, Puan Maharani (kanan) semasa Rapat Paripurna DPR RI ke -19 Sidang IV 2021-2022 di Kompleks Parlimen Jakarta, semalam. - Antara

JAKARTA – Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia secara rasmi telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Keganasan Seksual (RUU TPKS) sebagai undang-undang sah, lapor laman berita Tribunnews, semalam.

Pengesahan tersebut dilakukan dalam satu sidang khas DPR Republik Indonesia di Kompleks Parlimen Senayan, Jakarta.

Pesalah jenayah seksual di negara itu kini boleh didakwa secara jenayah dan berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun melalui Akta Keganasan Seksual (UU TPKS). Peraturan tersebut disenaraikan dalam artikel 13.

Bagi jenayah seksual bawah umur, pesalah akan dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan/atau denda sehingga 1 bilion rupiah (RM294,384).

Menteri Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak, Bintang Puspayoga berkata, UU TPKS diluluskan bagi memenuhi keperluan undang-undang masyarakat berhubung keganasan seksual.

Menurut Bintang, undang-undang dan peraturan sedia ada masih belum bertindak balas sepenuhnya terhadap keganasan seksual yang berlaku dan berleluasa dalam masyarakat.

“Justeru, kita memerlukan undang-undang khas berhubung jenayah keganasan seksual yang mampu memberikan asas perundangan, material dan formal. Pada masa sama, ia bertujuan memenuhi keperluan undang-undang masyarakat,” kata Bintang. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI