fbpx

Ariff Bahran, isteri bakal timang anak Julai nanti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ariff dan isteri bakal menimang cahaya mata sulung mereka hujung Julai nanti.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Ariff Bahran mengesahkan isterinya, Amirah Syazwani Mohd. Ridzuan kini hamil enam bulan.

Bahran berkata, sebenarnya dia sudah lama ingin berkongsi berita gembira tersebut dan menunggu masa sesuai untuk memberitahu orang ramai.

“Alhamdulillah dan InsyaAllah, jika ada rezeki dan tiada aral melintang saya akan jadi seorang ayah tak lama lagi.

“Saya akui gementar dan begitu teruja kerana kehamilan sudah berada di hujung trimester kedua iaitu 24 minggu lima hari,” katanya enggan mendedahkan jantina bayi yang dikandung isterinya.

Tambah pelantun lagu Kata Akhirmu itu lagi, dia bersyukur kerana isterinya tidak mengalami sebarang alahan teruk dan berharap urusan bersalin pada penghujung Julai nanti dipermudahkan.

“Doakan isteri dan bayi sihat serta selamat hingga bersalin. Doakan juga urusan isteri saya dipermudahkan nanti,” katanya.

Terdahulu, Bahran dan Amirah bernikah pada 3 September lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI