fbpx

‘Popeye Rusia’ mahu kelihatan seperti makhluk asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERESHIN mahu memiliki wajah seperti makhluk asing selepas membesarkan otot secara ekstrem. - Kirill Tereshin /east2west news

MOSCOW – Seorang lelaki yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Popeye Rusia’ bertindak mengubah wajahnya dalam usaha untuk kelihatan seperti makhluk asing walaupun doktor memberi amaran bahawa pembedahan melampau boleh membunuhnya, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Kiril Tereshin, 25, memutuskan untuk mendapatkan rawatan kosmetik susulan meskipun diberitahu dia berisiko mati ketika menjalani pembedahan untuk mendapatkan otot palsu.

Bekas askar itu juga menolak untuk mengeluarkan semula ketulan jeli petroleum yang telah mengeras dan otot-otot mati daripada bisepsnya.

Kini, Tereshin membuat keputusan untuk membesarkan bibir dan memasukkan pengisi pada tulang pipinya. Dalam satu rakaman video, dia mengaku telah mengubah suai rahang bawah dan dahinya selain memuji penampilan baharunya itu.

“Saya seorang lelaki yang secara idealnya kacak. Semuanya terserlah dengan jelas pada bibir, dagu, tulang pipi, dahi, hidung dan rahang bawah yang sekata. 

“Saya mahu memiliki muka seperti makhluk asing. Saya mempercayainya sejak melihat objek terbang tidak dikenali (UFO) semasa berusia remaja,” jelas Tereshin.

Lelaki tersebut telah membuang triseps palsunya, tetapi setakat ini tidak mengendahkan nasihat doktor untuk membuang implan pada bisepsnya.

“Risiko komplikasi dalam kes ini sangat tinggi. Bahan toksik dalam badan untuk jangka masa panjang boleh merumitkan buah pinggang dan membawa maut,” kata seorang pakar bedah, Dr. Dmitry Melnikov. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI