fbpx

AirAsia rancang mula kembali penerbangan ke ASEAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia merancang untuk memulakan kembali penerbangan ke negara-negara ASEAN susulan pembukaan sempadan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat berkata, ini termasuk Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand.

Riad bercakap pada sidang akhbar AirAsia umum lebih banyak penerbangan ke destinasi utama di India di AirAsia RedQ, Sepang hari ini. – FOTO: FAISOL MUSTAFA

Menurut beliau, pihaknya akan mempertimbangkan untuk melangsungkan penerbangannya ke banyak negara sekiranya polisi negara terbabit lebih longgar.

“Kita juga melihat kepada permintaan, apabila terdapat permintaan, kita akan ke arah itu.

“Namun bagaimana negara-negara terbabit menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan betapa longgar mereka, itu akan menentukan permintaan itu,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Jelas Riad, pembukaan semula sempadan antarabangsa oleh baru-baru ini  mulai 1 April 2022 amat dialu-alukan.

Ke arah itu katanya, AirAsia menjangkakan sebanyak 71 penerbangan mingguan ke India menjelang akhir 2022.

“Penyambungan semula penerbangan ke pelbagai destinasi utama di India, termasuk Bengaluru, Kolkata, Kochi, Hyderabad, Chennai, Tiruchirappalli dan banyak lagi dari Malaysia,” katanya.

Mengulas mengenai tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang semakin meningkat, beliau menegaskan, syarikat penerbangan tambang murah itu sentiasa melaksanakan kadar harga yang dinamik.

Tambahnya, ini dengan menggalakkan para pelanggannya menempah tiket awal untuk mendapatkan harga yang terbaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI