fbpx

Kes Rohana masih disiasat, jangan buat spekulasi – SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes Datuk Rohana Rozhan berhubung dengan AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc.

Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, proses penyiasatan masih lagi dijalankan berhubung dengan aset-aset berkenaan.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta jangan membuat spekulasi tentang kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan bahawa Rohana secara dasarnya bersetuju untuk memulangkan wang tersebut yang diberikan kepada oleh Tim Leissner.

Dengan memetik sumber SPRM, agensi itu dikatakan giat untuk mendapatkan semula wang berkenaan selepas Rohana bersetuju untuk menyerahkan aset dimilikinya daripada Leissner yang menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI