BAKAT nyanyian Wany Hasrita memang tidak mampu disangkal lagi. Berilah lagu apa pun, dia pasti mampu menyampaikannya dengan cemerlang.
Bagaimanapun, dalam diam pelantun lagu Cinta Khayalan itu juga mempunyai bakat sebagai pengacara.
Biarpun telah beberapa kali menjadi hos, namun bakatnya itu paling menyerlah menerusi program Borak Dulu Baru Buka gandingan bersama pengacara Amin Idris dan Khir Rahman.
Daripada pandangan Mizz Lahar, Wany sememangnya mempunyai bakat besar untuk menjadi seorang hos yang hebat.
Bagus Wany, perlahan-lahan kayuh, insya-Allah impian untuk menjadi pengacara program hebat seperti hos-hos Nona pasti akan tercapai satu hari nanti.
Apapun, jadilah seorang pengacara yang berilmu, jangan berborak dengan cara ‘tangkap muat’ atau syok sendiri sahaja.
MIZZ LAHAR: Katanya Wany bakal mendirikan rumah tangga tahun ini. Masih tertanya-tanya siapakah jejaka yang berjaya mencuri hatinya.