BENARLAH bak kata pepatah Melayu, dari mata akan turun ke hati.
Sepertinya itu yang berlaku kepada netizen selepas menonton video siaran langsung Izara Aishah baru-baru ini.
Kata mereka, kesopanan dan kelembutan Izara dalam pertuturan membuatkan ramai sejuk hati melihatnya.
Malah, ada juga yang tertanya-tanya adakah kelembutan tersebut ‘muncul’ selepas dia berhijab.
Jawab pelakon drama Vanilla Coklat itu: “Saya memang begini sejak dahulu, bezanya cuma penampilan sahaja (bertudung).
“Hati, cara bercakap dan semua yang lain masih sama. Bezanya cuma baju sahaja”.
Netizen yang bersetuju dengan jawapan menantu tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu juga menjelaskan, sikap lemah-lembut tersebut bukan kerana penghijrahannya.
“Izara memang lembut sejak dulu. Mereka yang tanya soalan itu mesti baru mengenalinya,” balas pengguna TikTok.
MIZZ LAHAR: Pening pula memikirkan konflik antara Datuk Jamal Abdillah dan anak keduanya, Zaki Yamani. Tidak tahulah siapa yang betul dan salah.