fbpx

Jeon Hye-bin bakal jadi ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEON HYE-BIN

NAMPAKNYA ada berita gembira buat semua peminat pelakon Jeon Hye-bin.

Selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga, Hye-bin mengesahkan hamil anak sulung dan usia kandungan sudah memasuki empat bulan.

Perkara itu turut dimaklumkan oleh agensinya, sekali gus berkongsi berita gembira tersebut buat semua peminat yang lama menantikan khabar tersebut.

“Memang benar Jeon Hye-bin sedang dalam fasa awal kehamilan.

“Dia juga kini sibuk dan mula menyertai kelas keibubapaan, khusus buat golongan yang bakal bergelar ibu dan ayah.

“Hye-bin juga mengucapkan terima kasih atas ucapan yang diberikan peminat kepadanya.

“Doakan agar bayi dan ibu terus sihat,” tulis agensi itu di Instagram.

Sekadar maklumat, Hye-bin berkahwin dengan seorang doktor gigi pada Disember 2019 selepas dua tahun menyulam cinta.

Dipertemukan oleh rakan, kedua-dua mereka menjadi suami dan isteri atas dasar percaya dan hormat antara satu sama lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI