fbpx

Gaji pekhidmat domestik Indonesia tidak kurang gaji minimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menjelaskan bahawa gaji bagi pekhidmat domestik akan dibayar tidak kurang daripada gaji minimum yang sedang terpakai di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara tersebut adalah antara kandungan dalam Memorandum Persefahaman Berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia di Malaysia.

Katanya, beliau merujuk kepada beberapa tajuk laporan akhbar yang menyatakan gaji pekhidmat domestik Indonesia bermula RM1,200.

“Saya ingin menjelaskan antara kandungan dalam Memorandum Persefahaman Berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia di Malaysia yang ditandatangani pada 1 April 2022 menyatakan bahawa gaji bagi pekhidmat domestik akan dibayar tidak kurang daripada gaji minimum yang sedang terpakai di negara ini

“Oleh yang demikian, saya berharap tiada lagi kekeliruan yang timbul berkaitan dengan gaji bagi pekhidmat domestik Indonesia selepas ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI