fbpx

Tong berisi bahan kimia terjatuh tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan Hazmat menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan bahan kimia di tepi jalan di Jalan Maxwell, Jalan Idris di Ipoh hari ini.-IHSAN JBPM PERAK

IPOH – Pasukan bomba mengambil masa hampir tiga jam bagi membersihkan tumpahan bahan kimia dari 12 tong yang ‘terjatuh’ di tepi Jalan Maxwell dekat Taman Idris di sini pagi tadi.

Ketua Operasi, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dengan bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Pasir Puteh ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan pada pukul 9.50 pagi.

“Tong tersebut berisi bahan kimia jenis pengkakis iaitu Bio Tergas AS 40, T-Gum AHG, Royol Process 250T dan Octowet 70D dengan setiap satu tong berkapasiti 205 kilogram (kg).

“Pemeriksaan mendapati daripada 12 tong itu, empat daripadanya mengalami kebocoran dan tumpah di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, anggota memulakan operasi dengan memindahkan bahan kimia itu ke dalam tong lain kemudian diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI