PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri termasuk Sarawak petang ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk tersebut dijangka berlanjutan sehingga lewat petang nanti.
“Ia melibatkan keseluruhan kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sementara di Kedah tertumpu di Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.
Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.
“Di Negeri Sembilan, keadaan sama dijangka di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Di Sarawak pula, cuaca buruk dijangka melanda kawasan Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau),” ujarnya.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam. KOSMO! ONLINE