fbpx

Tiga lagi banduan berjaya ditangkap, seorang masih diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis masih memburu Umai (gambar atas). Tiga banduan lagi berjaya ditangkap polis di kawasan semak jalan Purun, Kuala Klawang, Jelebu, pukul 10 malam tadi. - IHSAN POLIS

JELEBU – Tiga lagi banduan yang melarikan diri dari Penjara Jelebu, di sini, Ahad lalu berjaya ditangkap di kawasan semak jalan Purun, Kuala Klawang, Jelebu, pukul 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata, ini menjadikan hanya seorang sahaja lagi banduan yang sedang diburu polis iaitu Muhammad Syafiq bin Rohmat atau nama panggilannya Umai berusia 32 tahun.

Menurutnya, tiga banduan terbaharu yang ditangkap hasil maklumat awam pasukan mengesan terdiri daripada pihak PDRM dan Penjara itu ialah bukan warganegara bernama Zainuddin, 62, Mazlan Samah, 39, dan Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28.

“Ketiga-tiga tangkapan di bawa ke Mahkamah Jelebu untuk permohonan reman dibawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan telah diluluskan selama empat hari sehingga 16 April ini.

“Operasi mengesan seorang lagi banduan dengan gelaran Umai masih lagi diteruskan. Pihak polis juga menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan maklumat tersebut ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Jelebu di talian 06-6136222, Bilik Gerakan Jelebu (06-6137999), atau Pegawai Penyiasat, Insp. Zuria Anis binti Mahassan (016-6096996),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI