fbpx

27 tan organ kerbau disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian produk bahagian kerbau sejuk beku yang disita Maqis Pulau Pinang di NBCT, Butterworth Sabtu lalu.

SEBERANG PERAI – Hampir 27 tan pelbagai organ kerbau sejuk beku dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang semasa pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di Butterworth di sini Sabtu lalu.

Pengarah Maqis negeri, Muhammad Ikram Abd. Talib, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menyita 2,516 kotak mengandungi produk ruminan sejuk beku dari India seberat 26,988 kilogram (kg) itu selepas dipercayai menggunakan maklumat tidak tepat dan mengelirukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati keseluruhan dagangan diimport itu merupakan bahagian kerbau terdiri daripada 1,000 kg hock tendon, ekor (2,988 kg), hati (6,000 kg) dan jantung (17,000 kg).

“Kesemua produk berkenaan dianggarkan bernilai RM262,079.63 dan ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Ikram berkata, penggunaan maklumat tidak tepat dan mengelirukan akan disiasat di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Maqis sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar selain mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI