fbpx

Pemilik taska didakwa dera dua kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairulizawati dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar, hari ini.

MUAR – Seorang pemilik taska dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas tuduhan mendedahkan dua kanak-kanak lelaki yang berada dalam jagaannya sehingga berisiko mendatangkan kecederaan terhadap mangsa, bulan lalu.

Tertuduh, Khairuzilawati Ruslan, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Bagi pertuduhan pertama, wanita yang juga guru di taska berkenaan dituduh mendedahkan mangsa berusia tiga tahun dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan muka.

Manakala pertuduhan kedua pula, Khairuzilawati berdepan tuduhan mendedahkan mangsa berusia tiga tahun dengan cara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak itu lemas apabila menutup mulut dan hidung mangsa menggunakan kain mini telekung.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada pukul 10.30 pagi dan 4 petang, 7 Februari lalu di Tadika Qurnia Genius beralamat No. 25, Tingkat 1, Jalan Perniagaan Mas Jaya, Jalan Salleh dalam daerah Muar.

Hakim Irwan Suainbon kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin bernilai RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin selain larangan tertuduh mendekati mangsa, keluarga mangsa dan juga saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudia menetapkan 12 Mei untuk tarikh sebutan semula kes bagi proses serahan dokumen serta lantikan peguambela oleh tertuduh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI