fbpx

[VIDEO]Mengamuk tidak dapat jual racun tikus pada harga RM200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV memaparkan seorang remaja mengamuk di sebuah kedai runcit di Kampung Lati, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Seorang remaja lelaki bertindak di luar kawalan apabila dia mengamuk dengan merosakkan barangan jualan sebuah kedai runcit di Kampung Lati di sini semalam apabila premis itu enggan membeli racun tikus bernilai RM200 daripadanya.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, suspek yang berusia 17 tahun bertindak menendang rak makanan ringan dan air mineral di premis berkenaan selepas pekerja kedai tersebut tidak dapat memenuhi permintaannya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisoner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, siasatan awal mendapati, suspek datang ke kedai runcit itu untuk menjual racun tikus pada harga RM200 kepada premis itu.

Menurutnya, disebabkan harga yang ditawarkan terlalu tinggi, pekerja kedai runcit itu telah menghubungi majikannya bagi memaklumkan mengenai harga tersebut dan mereka telah membuat keputusan untuk menolak pelawaan suspek.

“Berang usaha menjual racun tikus itu gagal, suspek telah bertindak telah merosakkan barangan jualan di premis berkenaan. Suspek kemudian terus menaiki kereta jenis Proton Satria dan beredar dari premis berkenaan.

“Siasatan turut mendapati, lelaki itu pernah datang ke kedai runcit berkenaan untuk membuat kacau dan memeras ugut pekerja dengan memaksa mereka membeli racun tikus pada harga tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, suspek bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam oleh anggota Balai Polis Bukit Panau, Tanah Merah.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI