fbpx

Ebit Lew dekati golongan ‘Vespa Ekstream’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit bersama dua pemuda Vespa Ekstream di Pekan Baru, Indonesia hari ini.

PETALING JAYA – Pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa hiba apabila bertemu dengan para pemuda ‘Vespa Ekstream’ di Pekan Baru, Indonesia hari ini.

Jelasnya di laman sosial Facebooknya sebentar tadi, dirinya menjadi sebak hati sayu bila di Pekan Baru Indonesia ternampak anak muda berkhemah di jalanan.

“Mereka merantau begini dengan Vespa. Baik baik anak ini semua, ada seorang 14 tahun sampai 20 tahun. Walau kali pertama jumpa macam dah lama kenal.

“Saya belanja mereka pakaian untuk solat bersih, mereka gembira sangat. Masa berbual cerita solat dan mak ayah. Bila kata Allah sayang mereka jadi sebak,” ujarnya.

Tambah Ebit, ketika memeluk anak-anak muda itu, rata-rata mereka juga menagis dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Waktu peluk anak-anak ini menangis, berulang kali mereka ucap terima kasih Pak terlalu banyak ni semua, sedih rasa.

“Semoga adik semua baik-baik sahaja ya, dipermudahkan Allah segala urusan,” tulis Ebit lagi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI