fbpx

Pakai bandana, Ameera Khan kembali buka tudung?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN baharu Ameera Khan mengelirukan netizen, adakah dia sudah tidak lagi berhijab seperti sebelum ini.

PETALING JAYA – Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan sekali lagi mengundang kecaman netizen menerusi satu perkongsian foto terbaharunya yang hanya berbaju-T lengan pendek dan mengenakan skaf yang diikat seperti bandana untuk menutupi bahagian kepalanya.

Cara pemakaian skaf ala bandana yang tidak menutupi keseluruhan aurat apabila menyebabkan sebahagian besar rambutnya terjurai itu dirasakan tidak sesuai dengan imej Ameera yang sebelum ini sudah kembaliu berhijab sejak tahun.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ameera atau mesra disapa Little Miss Khan berkongsi foto tersebut untuk tujuan mempromosikan satu jenama mewah antarabangsa.

Gara-gara itu, pempengaruh berusia 22 tahun itu telah dikritik segelintir pengikutnya seolah-olah kembali membuka hijab seperti sebelum ini.

Malah, terdapat juga pengikutnya melahirkan rasa keliru dengan imej Ameera kerana sering ‘on-off’ dalam etika menutup aurat.

“Kadang-kadang kelirulah ‘on-off’ berhijab. Tolong jadi diri sendiri,” ujar seorang netizen.

“Memang habit dia ‘on-off’ berhijab. Nanti salahkan netizen,” komen seorang lagi pengikutnya.

Bagaimanapun, tidak kurang juga netizen yang mendoakan supaya Ameera kekal istiqamah dan mengikut jejak langkah kakaknya, Neelofa untuk menutup aurat sepenuhnya.

“Kami semua doakan suatu hari nanti Little Miss Khan akan berhijab sama seperti kakaknya, Neelofa. Bulan Ramadan, ramai doa Allah SWT makbulkan,” kata seorang netizen.

“Semoga terus mendapat hidayah,” komen seorang lagi pengikutnya.

Ameera sebelum ini pernah beberapa kali mencuri perhatian netizen dengan kelakuannya dalam media sosial. Gadis itu pernah dikecam selepas berkongsi foto mengenakan busana serba ketat berwarna coklat muda persis menyerupai kulit (bogel) serta digayakan dalam posisi bercangkung.

Ameera juga pernah memuat naik sekeping foto memaparkan bentuk punggungnya dalam Instagram bertujuan untuk memberitahu pengikutnya bahawa dia telah menggunakan sejenis produk penjagaan kulit berharga ribuan ringgit.

Bagaimanapun, Ameera menerusi satu kenyataan yang diberikan kepada Kosmo! sebelum ini menerima setiap kritikan oleh netizen dengan hati terbuka dan meminta orang ramai supaya mendoakan dirinya supaya menjadi manusia yang lebih baik.

Ameera kembali berhijab sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya bersama pendakwah bebas, Haris Ismail pada Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI