fbpx

9,002 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 9,002 kes, sekali gus kekal di bawah angka 10,000, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,342,559 kes.

Berdasarkan data di laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 52 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

“Kesemua kes tersebut dilaporkan di Selangor (5,100 kes), Kuala Lumpur (1,003 kes), Negeri Sembilan (493 kes), Perak (373 kes), Johor (359 kes), Pulau Pinang (355 kes), Kedah (288 kes), Sarawak (245 kes) dan Terengganu (209 kes).

“Seterusnya, Pahang (153 kes), Sabah (150 kes), Melaka (123 kes), Kelantan (86 kes), Perlis (23 kes), Putrajaya (23 kes) dan Labuan (19 kes),” menurut maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 30 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,341 kes serta sebanyak enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,462 kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI