fbpx

Shanghai longgarkan perintah berkurung ekstrem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan digesa meningkat servis penghantaran makanan asas kepada penduduk yang terkurung akibat perintah berkurung di Shanghai. - Getty Images

SHANGHAI – Pihak berkuasa Shanghai akhirnya akur untuk melonggarkan sedikit perintah berkurung ekstrem yang dikuatkuasakan ke atas penduduk selepas penentangan semakin berleluasa, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Penduduk di kawasan yang mencatatkan sifar kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu akan dibenarkan melakukan aktiviti bersesuaian, demikian menurut Pengarah Pencegahan Wabak, Gu Honghui.

Komen beliau menyusul selepas lebih 10,000 pesakit Covid-19 yang sembuh dibebaskan pada Ahad lalu.

Bandar terbesar di China itu sudah memasuki minggu ketiga perintah berkurung pandemik yang dianggap paling ketat di dunia.

Namun, langkah tersebut masih gagal menghentikan atau memperlahankan penyebaran varian Omicron di Shanghai.

Berdasarkan rekod jangkitan kelmarin, sebanyak 25,173 kes baharu Covid-19 dilaporkan oleh pegawai tempatan, meningkat daripada rekod sebelumnya iaitu 23,937 kes.

Warga Shanghai yang dijangkiti dibawa ke tapak kuarantin terpencil, manakala kanak-kanak di bawah umur  tujuh tahun turut dipisahkan daripada ibu bapa mereka.

Dua sukarelawan di  setiap bangunan pangsapuri dibenarkan keluar membeli-belah setiap hari dengan tempoh maksimum dua jam.

Penduduk tempatan yang kelaparan juga telah dikesan menyerbu pusat bekalan, memecahkan halangan di jalan dan bergelut dengan penguatkuasa.

Timbalan Datuk Bandar Shanghai, Zong Ming mengakui bahawa proses pembahagian makanan kepada 26 juta penduduk gagal dilaksanakan dengan baik.

“Tenaga kerja kami tidak mencukupi tetapi kami akan cuba memberi perkhidmatan terbaik untuk setiap penduduk.

“Kami mendengar dan memahami setiap masalah yang disuarakan rakyat sepanjang perintah berkurung ini dikuatkuasakan,” ujar Zhong.

Shanghai kini dibahagikan kepada 7,624 daerah dengan 2,460 daerah berada di bawah kawalan pihak berkuasa selepas seminggu tanpa jangkitan.

Lebih 7,500 daerah telah dilabel sebagai kawasan pencegahan dan akan dibuka semula sekiranya melepasi tempoh dua minggu tanpa kes positif. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI