fbpx

Dua sahabat maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah seorang mangsa yang tercampak selepas kereta dinaikinya terbabas di Kilometer 3, Jalan Machang - Pasir Puteh dekat Machang hari ini. - Foto IHSAN POLIS

MACHANG – Dua sahabat tidak sempat mengambil bekalan ayam untuk perniagaan mereka apabila kereta yang dinaiki dua lelaki itu terbabas sebelum merempuh papan tanda dan tembok pembentung konkrit di Kilometer 3, Jalan Machang – Pasir Puteh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, pemandu kereta jenis Proton Saga, Mohamad Ismadi Mohd. Shaufe, 20, disahkan meninggal dunia di Hospital Machang manakala rakannya, Mohamad Shahrin Saedi, 30, maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Puteh ke Machang untuk mengambil bekalan ayam proses di Tanah Merah.

Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, Mohamad Ismadi dipercayai mengantuk sebelum kereta dipandunya hilang kawalan lalu melanggar papan tanda dan tembok pembentung konkrit yang berada di bahu jalan.

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar daripada kereta yang dinaiki mereka.

“Mohamad Shahrin disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Mohamad Ismadi maut semasa dirawat di Hospital Machang di sini tiga jam kemudian,” katanya.

Menurut Shuhaimi, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI