fbpx

Cipta kelainan menu bubur lambuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai teruja menerima pek cenderahati daripada ahli jawatankuasa masjid dan juga kakitangan EB serta Media Mulia. – AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Jenama makanan sejuk beku terkemuka, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) mencipta kelainan dalam hidangan wajib Ramadan iaitu bubur lambuk apabila menggabungkannya dengan keranggupan nugget ayam tempura keluaran syarikat itu.

Menariknya, nugget ayam tempura itu dijadikan sebagai penyeri di hidang bersama bubur lambuk bagi mencipta kelainan selain menterjemahkan kepelbagaian rasa dalam penyediaan menu terbabit.

Eksekutif Pemasaran EB, Nurul Fatihah Jamil berkata, secara kebiasaan, nugget ayam tempura sering dinikmati bersama sos sahaja, tetapi kali ini syarikat mahu orang ramai merasai keenakannya bersama hidangan bubur lambuk.

“Gabungan rasa itu secara tidak langsung akan memberi terjemahan baharu terhadap nugget ayam tempura di mana ia boleh dipadankan dengan apa juga hidangan yang bersesuaian,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Masjid Mua’dz Bin Jabal, Setiawangsa di sini baru-baru ini.

Terdahulu, sebanyak 1,000 pek cenderahati termasuk bubur lambuk dan nugget ayam tempura diagihkan kepada penduduk setempat melalui Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk anjuran EB dan Media Mulia Sdn. Bhd.

Pek cenderahati berisi bubur lambuk dan nugget ayam tempura untuk diagihkan kepada orang ramai di Masjid Mua’dz Bin Jabal, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur kelmarin.

Sementara itu, bercakap mengenai Program Kongsi Berkat Bubur Lambuk tersebut, Nurul Fatihah berkata, pihaknya akan menyantuni tiga buah lagi masjid masing-masing melibatkan dua di Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Johor.

“Jelajah kami akan diteruskan ke Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda (18 April), Masjid Kampung Baru (25 April) seterusnya yang terakhir di Masjid Sultan Iskandar, Johor Bahru, Johor pada 28 April.

“Sebanyak 3,000 pek cenderahati lagi akan diagihkan yang mana setiap lokasi masjid akan menerima agihan sebanyak 1,000 pek,” ujarnya.

Sepanjang bulan Ramadan, EB akan mengedarkan sebanyak 6,000 pek cenderahati mengandungi bubur lambuk, nugget ayam goreng tempura serta gegelung kacang soya kepada orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI