fbpx

Pengadil aksi Sri Pahang, PJ City kena amaran FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIVASUNDARAM mendedahkan FAM telah menghantar surat kepada pengadil Muhammad Usaid dan akan dipanggil dalam masa terdekat.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat amaran kepada pengadil perlawanan melibatkan Sri Pahang dan Petaling Jaya City FC (PJ City) minggu lalu, Muhammad Usaid Jamal susulan kontroversi yang dilakukannya.

Pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu, Muhammad Usaid telah mengesahkan jaringan yang dilakukan oleh pasukan pelawat meskipun pemain mereka berada dalam kedudukan ofsaid.

Pengerusi Jawatan­kuasa Pe­­ngadil FAM, Datuk S. Siva­sundaram berkata, surat pe­ringatan telah diberikan kepada Muhammad Usaid dan keputusan terhadap hukuman akan dimaklumkan selepas mesyuarat dilakukan.

“Kami sudah hantar surat kepada pengadil ber­kenaan dan dia akan dipanggil dalam masa terdekat. Hukuman mungkin akan diberikan selepas mesyua­rat jawatan­kuasa nanti,” kata­nya yang juga Timbalan­ Pre­siden FAM.

Sebelum ini, Penolong Setiausaha Agung FAM, Abang Zulkarnain Abang Abdurahman mengesahkan jaringan PJ City adalah salah dari segi undang-undang permainan FIFA.

Katanya, perkara tersebut disahkan selepas analisis menerusi rakaman video dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil.

Sebagai rekod, keputusan tersebut menyaksikan ‘nasib’ malang skuad Tok Gajah pada kempen Liga Super musim ini berterusan selepas situasi yang sama berlaku ketika menentang Kedah Darul Aman (KDA FC) minggu lalu.

Pada aksi tersebut, pengadil perlawanan telah membatalkan jaringan yang dilakukan oleh Sri Pahang sehingga menyaksikan skuad kendalian Christophe Gamel berputih mata.

Sri Pahang dijadualkan bertemu dengan Melaka United pada aksi Liga Super pada Sabtu­ ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI